7 cara orang kaya berbelanja

20 September 2015 by John Doe.

Orang kaya bukan dilahirkan terus kaya (melainkan anak raja atau memang anak orang kaya), tetapi orang kaya lahir hasil dari strategi kewangan yang mantap dan disiplin diri yang tinggi dalam menyimpan dan berbelanja. Tak guna gaji berbelas ribu, tapi semua gaji dibelanjakan dengan boros dan yang lebih parah, tak menyimpan langsung.

Kini saya kongsikan kepada para pembaca semua 7 cara orang kaya berbelanja sebagai rujukan kita, moga-moga nanti kita semua pun boleh jadi kaya harta dan jiwa.

Cara #1: Berhati-hati berbelanja untuk perkara kecil

Secara kebiasaannya, kita lebih berhati-hati untuk berbelanja untuk benda-benda yang besar, seperti membeli kereta, rumah, pelaburan dan sebagainya. Tetapi kita memandang ringan atau tidak berhati-hati dalam perbelanjaan yang kecil.

Orang kaya berhati-hati berbelanja untuk perkara kecil kerana jika dicampurkan semua sekali perbelanjaan yang kecil, ia sebenarnya jumlah yang besar. Perbelanjaan yang kecil yang tak terkawal umpama menebuk lubang-lubang di bekas air, yang akhir sekali baru kita sedar simpanan kita makin berkurang.

“Beware of little expenses; a small leak will sink a great ship.”

– Benjamin Franklin

Cara #2: Fokus tentang masa depan

Kita senang berbelanja untuk perkara yang kita suka, tetapi belum tentu berfaedah untuk masa depan. Sebelum berbelanja, fikirkan tentang masa depan. Orang kaya lebih fokus untuk masa depan. Tak berbaloi kita korbankan masa depan semata-mata untuk kepuasan sementara pada masa sekarang.

“You can be young without money, but you can’t be old without it.”

– Tennessee Williams

Cara #3: Jangan beli sesuatu untuk menarik perhatian orang

Contoh mudah bagi cara ketiga ini, anak muda yang baru dapat kerja terus membeli kereta semata-mata untuk menunjukkan kepada orang kampung yang dia telah berjaya. Tetapi hakikatnya beliau sendiri sakit nak bayar bulan-bulan kepada bank.

Allah tak marah pun kita balik kampung naik Proton Saga atau Perodua Myvi dan tak hina pun naik kapcai. Lagi enjoy naik kapcai pergi kerja sebenarnya, tak sangkut dalam kesesakan lalu lintas.

“Stop buying things you don’t need, to impress people you don’t even like.”

– Suze Orman

Cara #4: Catat setiap perbelanjaan

Zaman sekarang, macam-macam perkara yang menjadi keperluan kita. Dulu tak ada internet pun tak menjadi masalah, tapi sekarang macam tak boleh nak bernafas kalau tak dapat coverage dekat kampung.

Tapi tak salah pun, asalkan kita catat setiap perbelanjaan kita supaya kita boleh buat bajet untuk berbelanja. Sebabnya, bila kita asyik berbelanja, kita terlupa yang duit kita makin berkurang. Orang kaya, mereka tahu dari mana duit mereka datang dan ke mana duit mereka pergi.

Boleh guna Microsoft Excel untuk ini dan jangan lupa minta resit setiap kali berbelanja.

“A budget is telling your money where to go, instead of wondering where it went.”

– John C. Maxwell

Cara #5: Menyimpan sebahagian besar dari pendapatan.

Jika anda membaca artikel yang saya kongsikan sebelum ini, 7 Amalan Elak Kebocoran Kewangan, amalan pertama sekali ialah bayar diri sendiri dahulu sebelum bayar ke bank. Kita ingat orang kaya suka berbelanja, tapi sebenarnya mereka menyimpan sebahagian besar pendapatan mereka, itu sebab mereka boleh kaya dan kekal kaya.

Menyimpan sebahagian besar pendapatan kita dapat menjamin yang kita tak kehabisan wang. Bila ada kecemasan pun insya Allah, kita boleh lalui

“Save one-third, live on one-third and give away one-third.”

– Angelina Jolie

Cara #6: Laburkan pendapatan dengan bijak

Orang kaya tak jadi kaya hanya dengan menyimpan. Mereka jadi kaya dengan melabur dan mereka melabur dengan bijak.

Mereka takkan melabur dengan pelaburan yang too good to be true seperti pelaburan emas ETA yang akhirnya ramai yang rugi hampir ratusan ribu ringgit, pelaburan yang menjanjikan skim bonus bulanan, pelaburan rumah banglo murah  RM50,000 sahaja.

Mereka melabur dengan ilmu dan kajian. Berkawanlah dengan orang kaya dan mintalah nasihat mereka dalam bidang pelaburan.

“In investing, what is comfortable is rarely profitable.”

– Robert Arnott

Cara #7: Millionaire’s Formula

Ramai orang hanya mula menyimpan setelah berbelanja. Orang kaya mereka melakukannya terbalik, mereka berbelanja setelah mereka menyimpan dan kami gelarkan ini sebagai  Millionaire’s Formula.

Lakukan seperti ini; setelah mendapat pendapatan bulanan, sediakan satu dana untuk simpanan sendiri, untuk komuniti (sedekah dan seumpamanya), untuk pelaburan dan selebihnya barulah berbelanja. Hanya berbelanja dengan baki yang ada!

“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.”

– Warren Buffet

Amalkan 7 cara ini dan saksikan hasilnya dalam kehidupan anda. Walau apa pun, walaupun tak kaya, tapi pastikan hati tenang setiap masa, tapi kalau Allah nak jadikan kita kaya, kita bersyukur dan berkhidmat untuk orang ramai!

Penulis

  • Fahmi Shah

    Mohammad Fahmi, 25 tahun, suami orang, implementation analyst di salah sebuah syarikat IT di Selangor.

  • Ahmad Rushdi

    wow, artikel yang bagus. Point pertama saya dah gagal. Kadang-kadang langsung tak sedar. Fikir-fikir balik, barulah.. oohhh. :P