7 tips untuk kawal selera makan

18 October 2015 by John Doe.

Malaysia syurga makanan. sebut saja nak makan apa, pasti boleh dicari. Ditambah dengan kecanggihan teknologi kini, makanan pun boleh dibeli online dan akan terus dihantar ke muka pintu anda.

Memang kalau ikut selera tak mustahil kita boleh ambil sehingga 3000 kalori sehari. Selalunya kita makan lebih dari sepatutnya bukan disebabkan oleh perasaan lapar tapi lebih kepada ketidakupayaan mengawal selera kepada makanan yang sedap.

Kuncinya sudah tentu adalah SABAR. Berpada – pada sewaktu makan dan fikirkan kesan buruk daripada tabiat itu. Selain itu ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk mengawal selera makan

1.  Berkawan dengan air putih

Air putih adalah sifar kalori. Cadangan untuk pengambilan air putih ialah sebanyak 2 Liter sehari. Bawalah bekalan air kemana sahaja anda pergi dan minum sekerap mungkin. Selain daripada mengekalkan tahap hidrasi badan ia juga dapat mengelakkan rasa lapar

2.  Makan secara perlahan – lahan.

Orang kata makan kunyah 40 kali sebelum telan itu sunnah Rasulullah salallahu alayhi wasallam. Walaupun kenyataan ini tidak sahih dan tidak boleh disandarkan kepada Rasulullah salallahu alayhi wasallam, makan perlahan – lahan tetap sesuatu yang bagus untuk diamalkan. Ia dapat memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan kita makan terlalu banyak.

Secara teori, apabila makanan masuk ke dalam badan, signal akan dihantar kepada otak untuk memberikan rasa kenyang. Proses ini mengambil masa lebih kurang 15 – 20 minit. Dalam tempoh itu, jika kita makan sesenduk nasi atau 5 senduk nasi, isyarat kenyang yang akan diterima adalah sama. Oleh itu, makanlah secara perlahan – lahan.

3.  Mulakan makan dengan makanan yang rendah kalori

Antara makanan rendah kalori ialah air putih, buah – buahan dan sup kosong. Sebelum ambil hidangan berat mulakan dulu dengan minum segelas air putih, sedikit buah – buahan atau semangkuk sup sayur. Ia akan kurangkan rasa lapar dan membantu dalam proses isyarat kenyang tadi.

4.  Elakkan minuman manis

Gula adalah kalori tersembunyi dan tidak diperlukan dalam diet harian kita. Segelas teh tarik mempunyai kalori sebanyak lebih kurang 200 kalori sama dengan 3/4 mangkuk cina nasi.

5. Makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit

Kalau sebelum ini, kita bersarapan dengan sebungkus nasi lemak dan beberapa biji kuih, selepas ini cuba untuk makan benda yang sama tapi pada waktu berbeza. Makan nasi lemak pada awal pagi dan kuih muih beberapa jam kemudian. Gunakan tips – tips di atas untuk anda mencapai matlamat ini. Tujuan untuk kita makan sedikit tetapi kerap ialah untuk mengelakkan rasa lapar dan makan terlalu banyak pada waktu makan seterusnya

6.  Lebihkan pengambilan fiber

Fiber ialah makanan yang tidak dapat dihadam oleh badan kita. Ia akan memenuhi perut dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sayur – sayuran dan buah – buahan adalah makanan yang tinggi fiber. Oleh itu, disarankan untuk penuhkan separuh pinggan anda dengan sayur – sayuran dan tingkatkan pengsmbilan buah – buahan

7.  Gunakan pinggan yang kecil

Ia lebih kepada bermain dengan kesan psikologi. Saiz pinggan yang kecil akan membuatkan saiz makanan anda kelihatan besar.

Selamat mencuba !!

Penulis

  • Fatihah Ismail

    Graduan UiTM dan kini berkhidmat sebagai Dietitian di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM. Salah satu cerita Hindustan kegemaran saya ialah Dadkhan lakonan Akshay Kumar dan heroin-nya, alamak tak ingat! Cerita ini best sebab ia memaparkan nilai kemanusiaan yang tinggi - "kasih sayang takkan datang dengan saling membenci"

  • Iwani

    Artikel yg sangat berguna ditulis dengan cara yang paling mudah difaham. Saya dan kawan suka sangat tips-tips dan penulisan Fatihah!

    Fatihah boleh tak tulis tentang gluten? Lately, sangat banyak kempen gluten-free food yg saya tengok kat internet. Adakah kita betul2 kena careful dgn gluten?

    • Potofluck

      Yup saya agree. Nak tawu more ttg gluten free food. Saya baca banyak benefits nya tp ade sesetengah article yg ckp gluten free food ni hanya sekadar hype. Macam MSG, kita patot elakkan tp lately ade setengah orang dakwa MSG tu ‘sehat’. Article tu mungkin di taja oleh pakaji himself hehehe