7 perenggan menarik tentang kolestrol dan telur dalam tabiat pemakanan rakyat Malaysia

17 September 2015 by John Doe.

Beberapa hari ini kecoh dengan isu masak lemak cili api yang sangat sihat dan telur bukan punca kolesterol tinggi. Jadi jangan bermusuh dengan telur. Secara peribadi saya setuju dengan pendapat ini. Bukan salah telur atau santan bila bacaan kolesterol kita tinggi. Tetapi saya sangat tidak bersetuju bila ada yang berpendapat makanlah sebanyak mana pun telur kerana ia tidak merbahaya untuk kita

"Eggs are stress busters" - Anonymous aunty

“Eggs are stress busters” – Anonymous aunty. Gambar dari forwallpaper.com

.
Berbicara dari sudut seorang dietitian
Dietitian umpama kalkulator pada pelanggannya. Tidak ada istilah makanan jahat atau makanan baik dalam kamus kami. Tapi kami mengamalkan konsep setiap benda ada limit. Kolesterol contohnya. Secara am saranan pengambilan kolesterol sehari ialah 300mg daripada sumber makanan. Oleh itu ambillah apa – apa makanan pun hingga anda mencapai limit yang disarankan.

Contoh makanan dan nilai kolesterol:
100g organ dalaman 300-400mg
100g telur ikan 300 – 550mg
1 biji saiz sederhana kuning telur 250mg
Bijirin, buah – buahan, sayur 0mg

Memberi nasihat pemakanan bukan sesuatu yang mudah. Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza dan kondisi kesihatan yang berbeza. Corak pemakanan setiap orang juga tidak sama. Oleh itu, sebelum sesuatu preskripsi diet diberikan, patern pemakanan pelanggan perlu diambil. We called it diet recall. Jadi, jangan membuta tuli percaya apa yang anda baca di laman sosail terutamanay dengan claim makanlah sebanyak mana pun, ia tidak merbahaya untuk anda. No such thing.

Kami juga akan mencadangkan jumlah kalori yang perlu diambil, jenia makanan yang sesuai dengan keadaan pelanggan dan tips – tips yang bersesuaian dengan target mereka. Adalah salah untuk kami memberikan sebarang nasihat tanpa justifikasi yang tepat dan fakta yang sah.

Ya, memang tidak dinafikan ssaya sendiri akan memberitahu pesakit yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi untuk mengelakkan pengambilan kuning telur sekurang – kurangnya 2 biji sahaja seminggu. Rasionalnya, makanan di Malaysia memang tinggi penggunaan telur ssamada secara terang – terangan seperti telur rebus, telur goreng dan kari telur ataupun secara tersembunyi seperti dalam pembuatan kek, roti canai, pastry dan lain – lain. Jika dikira jumlah pengambilan kolesterol berdasarkan diet recall, rata – rata rakyat Malaysia cenderung untuk mengambil lebih kolesterol setiap hari. Salah satu penyumbangnya adalah kuning telur.

Harus difahami, telur bukan penyebab kolesterol tinggi tapi jumlah pengambilan kolesterol sehari yang menyebabkan paras kolestrol boleh meningkat. Anda boleh google contoh lain makanan yang tinggi dengan kolesterol. Jika anda penggemar telur dan anda pasti dalam diet seharian anda tidak ada lagi sumber kolesterol lain maka tidak salah untuk anda mengambil sebiji telur saiz sederhana setiap hari.

Jangan pandang pada makanan tapi ingatlah pada limitnya

Tips berguna sepanjang zaman : bersederhanalah dalam setiap yang anda ambil, InshaAllah selamat.

Penulis

  • Fatihah Ismail

    Graduan UiTM dan kini berkhidmat sebagai Dietitian di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM. Salah satu cerita Hindustan kegemaran saya ialah Dadkhan lakonan Akshay Kumar dan heroin-nya, alamak tak ingat! Cerita ini best sebab ia memaparkan nilai kemanusiaan yang tinggi - "kasih sayang takkan datang dengan saling membenci"

  • Izhar

    Orang kata , kolestrol yg dihasilkan oleh badan kita sendiri akibat memakan lemak adalah lebih banyak berbanding kolestrol yg dtg dari makanan dari sumber haiwan

    • fatihah ismail

      sebenarnya organ dalam badan kita iaitu hati memang akan menghasilkan kolesterol. 70-80% drp keperluan kolesterol badan kita utk satu hari akan dihasilkan oleh hati. hanya 20-30% shj yg perlu ditambah melalui pemakanan. saranan 300mg kolesterol sehari adalah drp diet dan tidak termasuk yg dihasilkan oleh badan