7 Info Mengenai Lasik di Advance Vision

Korang ada masalah rabun? Teringin nak buat lasik sebab dah malas pakai spek? Di sini gua kongsikan info-info mengenai pembedahan lasik yang gua baru jalani di Advance Vision, Damansara Utama pada bulan lepas.

1. Advance Vision adalah antara klinik yang menawarkan kos pembedahan lasik yang termurah (kot) setakat yang gua jumpa. Maybe ada yang lagi murah, tapi klinik ini antara yang famous dan banyak review. Total cost pembedahan bagi seorang untuk kedua-dua belah biji mata adalah RM 2,888 + RM 80. Gua akan terangkan detail kosnya di poin seterusnya. Bayaran boleh dibuat secara cash atau ansuran kad kredit dengan 0% interest. Cuma depends atas mata, kalau perlu, pembedahan LASEK boleh dibuat dengan kos RM 5,888.

2. Jumlah paling minimum frekuensi anda perlu ke klinik dari awal sehingga tamat prosedur adalah sebanyak 4 kali sahaja. Kali pertama adalah untuk prosedur check up dan consultation. Prosedur ini dibuat secara percuma. Jika sudah confirm untuk proceed, korang boleh teruskan dengan prosedur dilation pada hari yang sama atau boleh datang pada hari lain. Untuk prosedur ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 80. Untuk buat appointment yang seterusnya iaitu surgery, booking RM 300 perlu dibuat. Jumlah ini termasuk dalam jumlah total RM 2,888 itu nanti. Kali kedua adalah pada hari surgery. Pembedahan hanya dibuat pada hari Jumaat sahaja dan baki bayaran perlu diselesaikan. Kali ketiga adalah keesokan harinya untuk pemeriksaan post-surgery dan kali keempat adalah pada minggu hadapannya sama ada hari Sabtu atau Ahad juga untuk pemeriksaan post-surgery.

3. Untuk pemeriksaan pada hari Sabtu atau Ahad, dicadangkan untuk datang awal seawal pukul 8.30 pagi (klinik dibuka jam 9 pagi). Jika tidak, korang akan sengsara menunggu giliran sebab orang sangat ramai. Untuk first appointment, disarankan pergi pada hari bekerja kalau boleh. Sebab agak lengang dan rileks.

4. Kos pembedahan yang ditawarkan murah mungkin disebabkan teknologi yang digunakan adalah teknologi tradisional iaitu menggunakan blade microkeratome untuk melakukan flap pada kornea mata. Bagi gua tak ada masalah sangat pun nak pakai ni. InsyaAllah selamat walaupun ada risiko tapi sangat minimal. Mereka claim mereka stick dengan teknologi lama sebab teknologi yang dah terbukti dan diakui.

5. Kalau datang dari jauh, gua recommend untuk booking Hotel Sovotel di Uptown 36. Jangan confuse dengan tempat lain sebab hotel ni ada banyak tempat. Harga berpatutan, lokasi strategik, hotel baru siap dan ada foot massager lagi. Jaraknya dari klinik walking distance saja. Restoran ada di sebelah premis. kalau nak dobi, boleh drive pergi dekat area Texas Chicken kat belakang tu untuk self-service laundry. Sambil tunggu dobi, sambil makan ayam. Masjid pun dekat situ saja kalau rasa-rasa nak jadi baik selepas mata dah elok, alhamdulillah.

6. Barang yang mungkin perlu dibawa adalah spek mata hitam sebab mata akan jadi sensitif kepada cahaya semasa proses dilation dan juga selepas surgery. Kalau tak confident, boleh ajak kawan untuk teman dan tolong drive balik kalau korang tak stay kat hotel tu.

7. Ikut jenis mata, keesokan harinya selepas surgery penglihatan korang mungkin boleh pulih 90% atau kurang atau lebih dari tu. So banyakkan bersabar. Dalam masa 3 minggu, kena jaga mata dari dimasuki bendasing termasuklah air bagi mengelakkan infection.

Untuk cerita lebih panjang dan lebih lanjut mengenai pembedahan ini, boleh teruskan membaca di #notasiku. Sekarang gua sudah pun bebas dari kaca mata, alhamdulillah!

Sekian!