7 Tip Mencari Kerja Bagi Para Graduan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika ada yang tidak gemar atau selesa kerana saya menggunakan bahasa rojak bagi “post” ini. Ketika menulis di dalam tajuk yang berkaitan dengan nasihat, panduan atau tip saya lebih suka menulis secara santai dengan menggunakan bahasa rojak.  Baiklah, untuk “post” saya kali ini, saya ingin berkongsi #7 tip di dalam mencari kerja kepada golongan yang baru sahaja menamatkan pembelajaran di peringkat sijil, diploma ataupun ijazah. Saya sendiri pernah bergelar sebagai “penganggur terhormat” selama setahun. Secara jujurnya saya menyatakan ia adalah kesilapan saya sendiri yang menyebabkan saya menganggur selama setahun oleh sebab itu saya terpaksa belajar “the hard way” untuk akhirnya sedar akan kesilapan saya. Oleh sebab itu saya ingin berkongsikan tip – tip yang saya pelajari berdasarkan pengalaman saya.

Kredit foto: betanews.com

Kredit foto: betanews.com

{Tip No #1}

Bila nampak iklan jawatan kosong yang menyatakan bahawa mereka sedang mencari pekerja yang mempunyai 3 tahun pengalaman kerja, para “fresh graduates” mohon sahaja. Banyak syarikat yang meletak syarat sebergitu  disebabkan “fresh graduates” di zaman ini banyak masalah dari segi tak tahan dengan tekanan dan cabaran kerja yang menyebabkan mereka kerap berhenti dan menukar kerja. Namun jika anda mohon juga dan ketika di dalam dalam proses “interview” dan anda dapat membuktikan kepada mereka bahawa anda bukanlah “typical Malaysian fresh graduate”, ada kemungkinan besar mereka akan melantik anda walaupun anda tiada pengalaman bekerja.

{Tip No #2}

Saya tahu “post” ini lebih kepada mereka yang telah menamatkan pelajaran namun kepada yang masih sedang belajar juga boleh mengambil tip – tip ini. Ketika cuti semester panjang mahupun selepas tamat pengajian dan menunggu dipanggil “interview” jangan pergi melancong dan jangan fikir nak duduk rumah. Keluar rumah join NGO, buat kerja amal atau cari kerja part time. Tak kiralah di “fast food restaurants” atau pun kedai – kedai seperti Speedmart mahupun “shopping complex”. Kepada graduan jangan fikir bahawa martabat anda terlampau tinggi dan pekerjaan sebagai pelayan “restaurant” dan “cashier” itu terlalu rendah bagi anda. Bak kata boss, mentor dan sahabat saya iaitu Mr Darren

“Orang muda sekarang fikir mereka terlalu hebat sehinggakan tak sanggup kerja di Mac Donald dan sebagainya. Mereka duduk rumah setiap bulan menghabiskan duit mak bapak langsung tak ada pendapatan sedangkan yang sapu sampah di tepi jalan sebulan dia menghasilkan RM 900. Jadi martabat siapa lebih tinggi? Pasti si penyapu sampah tersebut. – Mr Darren

Selain itu saya juga menggalakkan anda “join” NGO seperti Islamic Relief Malaysia. Ia akan memberikan “first impression” kepada bakal majikan bahawa anda seorang yang proaktif dan “team player”. “Bonus” menyertai NGO adalah tempoh anda bersama dengan NGO tersebut juga boleh diambil kira sebagai “work experience”. Bekerja walaupun di KFC satu pengalaman yang penting. Majikan bukan mahu sangat melihat pengalaman anda di dalam bidang jawatan yang mereka tawarkan jika mereka tahu anda “fresh graduate” namun masih memanggil anda untuk interview. Mereka mahu melantik calon yang sudah mengalami alam dunia pekerjaan dan tahu disiplin di dalam dunia ini.

{Tip No #3}

Kalau dapat panggilan untuk menghadiri sesi “interview” – pergi! – walaupun anda tidak berminat dengan kerja tersebut. Setiap sesi “interview” yang anda hadapi akan menambahkan pengalaman anda dan membuat anda semakin selesa dan “confident” di dalam suasana “interview”. Ia akan membantu anda ketika anda pergi ke sesi “interview” bagi jawatan yang anda mahukan di masa akan datang.

{Tip No #4}

English. Suka atau tidak bahasa ini adalah amat penting terutama di syarikat swasta. Anda tidak perlu fasih cuma anda perlu “confident” untuk bercakap walaupun berterabur. Asalkan orang faham anda dan anda faham orang. “Confident”, itu “key point” yang dicari oleh mereka yang sedang “interview” anda.

{Tip No #5}

Mohon sahaja jawatan kosong walaupun ia di luar bidang anda. Tidak perlu ada perasaan takut untuk keluar dari bidang anda. Percayalah, tidak kira walaupun anda seorang mahasiswa yang “graduate” dengan CGPA 4.00, bila anda mula bekerja walaupun di dalam bidang anda sekalipun, anda akan sedar bahawa anda selama ini tidak tahu apa – apa pun. Syarikat yang bersedia untuk mengambil “fresh graduate” tidak akan melihat sangat latar belakang pendidikan namun ia adalah satu bonus bagi anda jika anda mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang yang sama untuk jawatan tersebut.

Sebagai contohnya, saya mempunyai diploma di dalam bidang perkapalan elektik dan elektronik. Ketika sedang praktikal, saya kerja di limbungan kapal namun saya “repair engine” kapal langsung tak sentuh bahagian elektrik dan elektronik. Selepas itu saya berada di dalam NGO selama dua tahun. Kebanyakan masa saya melakukan jualan amal. Selepas itu saya menjadi seorang “operation technician” untuk kilang makanan dan akhirnya kini saya berada di dalam bidang keselamatan pekerja. Pendeknya, pengalaman saya bekerja langsung tiada kena mengena dengan bidang yang saya pernah belajar dulu.

{Tip No #6}

Gunakan “tools” mencari kerja di internet seperti Jobstreet. Kemaskini akaun anda selalu dan “explore tools” ini supaya ada dapat memaksimakan keberkesanannya seperti mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris secara online yang disediakan oleh pihak Jobstreet. Namun bergitu jangan terlalu bergantung pada “tools” sebegini. Gunakan ia untuk mendapat maklumat jawatan kosong dan syarikat yang menawarkan jawatan tersebut. Apabila sudah mendapat maklumat syarikat tersebut, gunakan Google untuk mendapatkan maklumat tambahan seperti nombor telefon syarikat tersebut. Apabila sudah dapat telefon pihak syarikat dan tanyakan nama HR dan email pihak berkenaan untuk anda hantarkan “resume”. Hantarkan “resume + cover letter” melalui email dan juga “hard copy”. “Hard copy” boleh dihantar melalui “guard house” kebiasaanya ataupun lebih baik poskan ia terus supaya ia akan sampai terus ke pihak HR.

{Tip No #7}

Tip terakhir dan paling penting ialah sering berdoa pada Allah dan selalulah bersedekah kerana ia mampu membuka pintu rezeki. Jangan sesekali menggadaikan agama mahupun prinsip hidup anda demi sebuah pekerjaan. Ketika “interview” tanya terlebih dahulu adakah anda dibenarkan memakai tudung, menyimpan janggut/jambang, bolehkah anda solat 5 waktu dan solat Jumaat. Jika tidak, anda nyatakan dengan hormat bahawa terima kasih memberikan peluang untuk anda datang “interview” namun anda tidak berminat untuk bekerja di tempat di mana anda tidak boleh menjadi seorang Muslim.

Percayalah jangan takut pintu rezeki anda akan tertutup kerana pegangan anda pada Islam malahan pintu rezeki anda akan makin luas terbuka. Saya sendiri sudah alaminya banyak kali. Seperti bagaimana saya seorang yang menyimpan jambang namun saya masih diterima kerja di dalam kilang makanan antarabangsa milik syarikat dari Amerika sedangkan kilang makanan adalah kilang yang paling menitikberatkan “personal hygiene”. Selain itu saya pernah dihalang dari menunaikan solat Jumaat lalu saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan namun keesokkan harinya saya mendapat tawaran untuk mendapat jawatan yang lebih baik dan saya dibenarkan untuk bersolat Jumaat.

Rezeki itu milik Allah. Kita hanya perlu yakin di dalam menegakkan agamaNya dan pasti Dia akan bersama kita.

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

(Surah Muhammad, Ayat 7)

Bincangkan artikel ini!