7 sebab anda perlu sentiasa tersenyum

5 April 2015 by John Doe.

Senyuman itu indah. Terlalu banyak kebaikan dan keberkatan yang tersembunyi di dalam senyuman. Ia adalah amalan baginda Rasulullah SAW. Alangkah beruntungnya orang yang sentiasa murah dengan senyuman dan amat rugilah mereka yang terlepas daripada kebaikan ini.

Prinsip senyuman adalah “Berikan senyuman dgn hati yang ikhlas, berlapang dada, gembira dan ceria”. Ia amat penting, kerana dgn prinsip ini, maka senyuman anda akan menghasilkan energi positif yang akan mengubah kehidupan anda dan org lain.

1) Senyuman itu adalah sedekah yang paling mudah

  • Prinsip sedekah adalah anda akan dapat lebih dari apa yang anda beri. Apabila anda membuatkan orang lain gembira, sebenarnya anda sedang menggembirakan diri anda.
  • Anda tidak perlu keluarkan RM100 untuk sedekahkan senyuman, sebarkan ia kepada semua orang.

2) Senyuman membuatkan anda gembira dan sentiasa berlapang dada. Urusan yang susah menjadi mudah dan yang sempit menjadi lapang.

  • Kerap tersenyum akan membuatkan anda ceria. Biarpun anda sedang sibuk, sedih atau apa saja, jangan tunjukkan ia kpd orang lain (luahkan secara personal kepada orang yang ahlinya sahaja), kekalkan senyuman. Insya Allah anda akan dapati anda akan menjadi lebih gembira.

3) Senyuman membuatkan anda disenangi dan dikasihi.

  • Semua orang menyukai orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum akan selalu dirindui dan dicari-cari kerana ia selalu memberi energi yang positif dan membuatkan orang lain berasa senang untuk sentiasa berkawan dengannya.

4) Senyuman itu awet muda.

  • Apabila anda selalu tersenyum akan membuatkan wajah anda selalu ‘bersenam’ dan membuatkan kulit lebih tegang. Senyuman anda itu juga akan membuatkan tubuh anda lebih sihat kerana anda selalu ceria dan positif.
  • Mengikut kajian orang yang selalu stress mudah untuk mendapat penyakit, begitulah sebaliknya, orang yang sentiasa ceria akan menjadi lebih sihat.

5) Senyuman mengalahkan musuh.

  • Nabi SAW telah mengajar kita untuk membalas keburukan dengan kebaikan. Insya Allah anda akan dapati musuh anda akan berasa malu untuk meneruskan niat jahatnya, bahkan mungkin dia akan menjadi rakan anda, kerana sikap anda yang mulia.
  • Biar apa pun yakinlah, kebaikan itu pasti akan dibalas walau sekecil zarah, dan keburukan itu juga pasti akan dibalas walau sekecil zarah. Allah itu Maha Adil dan lebih sempurna perancanganNya.

6) Senyuman membuatkan anda dipandang tinggi, dihormati dan disegani.

  • Energi positif yang anda pancarkan melalui senyuman akan membuatkan anda dipandang tinggi dan dihormati. Jika rakan-rakan anda dapati anda dikhianati, maka merekalah orang pertama yang akan membela anda.

7) Senyuman itu membuatkan anda murah rezeki.

  • Senyuman akan membuatkan anda kaya jiwa. Dan jika anda seorang peniaga, maka senyuman akan menjadi PELARIS yang sangat baik untuk anda (Inilah yang peniaga Cina selalu lakukan). Berikan senyuman yang ikhlas dan berikan energy yang positif. Pasti pelanggan anda akan berasa selesa dan tidak berasa janggal untuk berjumpa anda dengan berulang kali.

Jika anda belum memulakan senyuman, maka mulakan ia hari ini juga. Insya Allah, saya cukup yakin dan pasti bahawa senyuman yang ikhlas dengan hati yang ceria dan gembira akan membuatkan hidup anda berasa lebih bernilai dan anda pasti akan lebih bahagia.

Ada sebarang maklumbalas, pendapat, komen tentang artikel ini? Jom share dengan kami di Facebook 7senarai!

Penulis

  • aminul

    "What you give, you get back" ^_^ -->> Sila LIKE page FB saya -->> Terapi Saraf Al-Amin