7 petanda anda telah merdeka.. oops 3 sahaja!

30 August 2016 by John Doe.

Terpanggil untuk menulis sebuah artikel berkonsepkan ‘kemerdekaan’ sempena tanggal 31 ogos 2016 yang bakal menyapa dalam beberapa jam lagi. Sekarang jam saya menunjukkan pukul 9.42 malam.

Mampukan saya menyiapkan artikel ini sebelum detik 12 tengah malam?

Sebelum saya menyenaraikan 7 petanda untuk sama-sama kita semak adakah kita sudah merdeka atau tidak. Mari kita lihat makna merdeka terlebih dahulu.

Dari sudut seorang individu, bermakna

Jadi bagaimana? Setakat ini, anda rasa anda ada ciri-ciri di atas?

Tapi kan, ini maksud independence/kemerdekaan dari Google.com. Google.com bukanlah manual terbaik untuk hidup kita. Manual terbaik untuk hidup kita adalah Al Quran Al Karim.

Jadi mari kita lihat apakah 7 petanda kita telah merdeka menurut Al Quran Al Karim

Teknik yang saya akan gunakan untuk mengumpul 7 petanda ini boleh dikatakan tidak begitu tepat. Tapi kita cuba ya, perkataan   dalam Bahasa Arab ialah 

Perkataan ini terhasil dari kata akar dari Bab/Wazan X (10):

Kita akan teliti semua ayat-ayat Al Quran yang mengandungi perkataan akar ini. Saya akan gunakan app myQuran untuk mencari semua ayat-ayat yang ada perkataan dari kata akar di atas dan sebolehnya di bawah wazan 10 kerana ia memberi makna yang paling tepat tentang kemerdekaan.

Malangnya, carian saya tidak berjaya. Saya tidak menjumpai satu pun ayat Al Quran yang menggunakan kata dasar di atas dan dalam bentuk wazan 10 – jadi apa maknanya? Adakah ada makna lain yang lebih tepat dalam Bahasa Arab untuk menghuraikan ciri-ciri kemerdekaan seorang individu?

Mari kita teruskan pencarian kita dengan memasukkan perkataan ‘merdeka’ dalam terjemahan Bahasa Melayu dan lihat senarai ayat yang ada perkataan berikut. Carian saya menjumpakan saya kepada 3 ayat di bawah

Saya tertarik untuk gunakan  sebagai petunjuk carian kita kali kedua ini. MasyaAllah, saya makin teruja sebab saya baru sahaja membuat sedikit carian tentang perkataan ini dan ya, saya yakin ini perkataan yang kita cari.

Mari kita kenali sedikit sebanyak tentang perkataan ini dulu.

Mari kita mula kaji ayat-ayat Al Quran yang mengandungi perkataan ini atau perkataan akar ini dan jadikan ia sebagai petanda kemerdekaan seseorang.

Dalam surah Al Anbiya, ayat 91 (21:91), Allah subhanu wa ta’ala berfirman

Ayat ini menceritakan tentang Maryam a.s. Ternyata Maryam a.s seorang yang merdeka kerana dia menjaga kehormatan dan kesuciannya. Tiada lelaki pun yang pernah mendekatinya. Jika kita ingin menjadi seorang yang merdeka seperti Maryam a.s, kita kena usaha untuk menjaga kehormatan dan kesucian kita – lelaki mahupun perempuan.

Dalam surah Al Anbiya, ayat 80 (21:80), Allah subhanu wa ta’ala berfirman

Dalam ayat ini, Allah subhanu wa ta’ala menceritakan bagaimana Nabi Daud diajar untuk membuat baju-baju besi untuk menjaga keselamatan kaumnya sewaktu dalam peperangan. Kita sedia maklum dengan peribahasa ‘sediakan payung sebelum hujan’ tapi kebanyakan dari kita tidak mempraktik perkara ini dalam hidup kita kerana kita seringkali terhanyut dengan peribahasa barat ‘go with the flow’.

Mulai sekarang, kita harus menjadi orang yang bersedia menghadapi apa yang mendatang, bersedia bukan dari segi psikologi, emosi dan mental sahaja – tapi kelengkapan fizikal juga. Barulah merdeka!

Acapkali saya lihat perkataan akar kita ini akan dikaitkan dengan ‘orang yang beriman’ terutamanya apabila Allah subhanu wa ta’ala menceritakan tentang sifat-sifat manusia yang baik.

Bagaimana kita hendak tahu adakah kita orang beriman atau tidak? Apakah definisi ringkas ‘orang yang beriman’?

Keimanan datang dengan 3 cara: lisan, hati dan perbuatan.

Dan terdapat 6 soal Iman yang kita kena ada yakni menyebut dengan lisan, merasa dan akur padanya dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan bahawa kita

Orang yang merdeka adalah orang yang beriman!

Sekali lagi, saya ingin mengupas ayat 80, surah Al Anbiya (21:80), Allah subhanu wa ta’ala berfirman

Jom kita tanya diri kita 4 soalan tentang ayat ini

Dari analisis kita di atas, maka bolehlah kita simpulkan orang yang merdeka adalah orang yang !

Malangnya saya gagal untuk menghabiskan artikel ini. Jam telah menunjukkan pukul 11:49 malam. Ternyata metode penulisan yang saya pilih ini bukanlah terbaik. Namun saya harap dengan 3 petanda di atas dapat sebanyak memberi manfaat pada kita semua. Sebenarnya poin ke-3 amat luas dan boleh dihuraikan dengan dalam lagi dan apabila kita dalami point ke-3 tersebut, kita sebenarnya telah mendalami keseluruhan kehidupan kita dan dari situlah kita akan tahu adakah kita ini orang-orang yang telah merdeka atau belum lagi?

Pada semua rakyat Malaysia, saya mengucapakan selamat menyambut hari kemerdekaan. Semoga kita sebagai individu akan terus merdeka, dan merdeka pada garis panduan dan matlamat yang sebenarnya!

11:20 pagi, 31 Ogos 2016

Penulis

  • Iwani Khalid

    Pernah ada blog diberi nama Orang Type Banyak. Tapi dah insaf dan cuba untuk type sedikit tapi bermanfaat diselit sedikit dry humour. Pelajar Bahasa Arab yang berdedikasi. Bekerja sebagai freelance web designer untuk menampung kehidupan. Berazam untuk mengelola sebuah akademi belajar Bahasa Arab dan Al Quran di Cyberjaya! Masih single dan mencari bakal imam ..... chop! Jangan nak bakal imam I sangat, you please solat kat masjid taw!

  • iwanik

    My first failed 7! Hehe