7 langkah memastikan masa anda tidak berlalu pergi dengan sia-sia

18 August 2015 by John Doe.

Mungkin topik agak dramatik namun inilah masalah yang kita hadapi hampir setiap hari dalam liku-liku kehidupan yang padat dengan kesibukan dan orang-orang, bukan orang-orang yang perlu dicurahkan kasih sayang dan perhatian.

Beberapa ungkapan tentang masa yang kita biasa dengar

  1. masa tidak menunggu sesiapa (time waits for no men) – ungkapan ini tertera pada buku kertas kajang saya sewaktu high school dan jantung saya macam nak berhenti setiap kali melihatnya sebab homework tak siap lagi.
  2. masa itu emas (karangan masa darjah 4 kan?)
  3. masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita (okay, ini saya baru google. best kan?)

Untuk saya dan kamu yang percaya pada Al Quran, Pencipta segala yang diciptakan di seluruh pelusuk alam dan waktu – yakni Allah SWT – sangat menegaskan kepentingan masa. Malah ada surah khas tentang masa dan walaupun ayatnya hanya 3 tapi analisis makna kepada setiap perkataan bagaikan sebuah cerita yang tidak bernoktah dan filem yang tak keluar-keluar credit roll.

Jom ambil 7minit 57saat dan lihat video ini sebelum kita baca langkah-langkah mencegah pembaziran masa.

Sekarang saya ingin kongsikan 7 langkah memastikan masa anda tidak berlalu pergi dengan sia-sia.

1. Akui yang kita memang tidak berdaya memanfaatkan 24 jam sehari.

Untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah, kita kena akui masalah itu wujud terlebih dahulu. Setuju tak? Mana mungkin kita dapat mengenyangkan perut jika kita tak bagitahu otak kita yang ya, saya lapar dan saya mahu makan. Proses mencari penyelesaian masalah yang pertama ialah mengakui adanya masalah untuk diselesaikan. Kita ada 24 jam sehari dan kita harus akui yang kita tidak ada daya upaya untuk memanfaatkan 24 jam sehari tersebut.

2. Buat jadual

Ini perkara biasa yang kita dengar dari pakar-pakar timekeeper di luar sana. Percayalah yang buat jadual sangat penting. Jangan beri diri anda alasan demi alasan untuk tidak membuat jadual. Dulu masa sekolah pun kita ada timetable – kenapa sekarang lepas dah habis sekolah kita tak teruskan tabiat timetable? Buat jadual. Buat jadual. Buat jadual. 3 kali saya ulang sebab ia penting. Setiap hari, buat jadual. Agihkan masa secukupnya untuk setiap orang dan bukan orang. Dari anda bangun sampai anda tidur. Waktu untuk makan, waktu untuk mandi, waktu untuk kerja, waktu untuk family. Semua kena spesifikkan dalam jadual harian kita. Buat dua kolum dalam jadual anda: masa & item.

3. Buat to-do list

To-do list berlainan dari jadual. To-do list ialah apa impian atau checklist yang anda harus kecapi untuk hari tersebut. Ia akan merangkumi semua aspek hidup anda berkaitan dengan orang atau bukan orang. Kategorikan to-do list anda dengan kemas supaya senang untuk anda pantau. Dan sentiasa realistik. Jangan gopoh dan gelojoh dalam menyediakan to-do list harian anda.

4. Patuhi jadual & to-do list

Jangan bermain WhatsApp sewaktu anda patut makan. Letak handphone jauh-jauh waktu anda buat kerja di dapur. Jangan tengok Facebook waktu anda memasak, kalau nak ambil resipi, copy paste dalam notepad dan tutup Internet di iPad. Jangan sibuk dengar lagu masa buat homework dan study – ah, saya dah melalui zaman itu so jangan nak bagi alasan ya, adik-adikku. Kita akan ambil lebih masa kalau kita buat 2-3 benda pada waktu yang sama. Bila waktu study, study sahaja dan habiskan cepat to-do list pada hari itu.

Apa gunanya buat jadual dan to-do list kalau tak patuhi kan? Masa anda akan terbuang dan anda akan terus berangan anda dapat menjaga masa. Jadi mulai hari ini, patuhi jadual dan patuhi to-do list.

5. Jangan putus asa #dungibab dan #kipidap

Adakalanya, seringkalinya dan selalunya – kita akan kecundang. Jadual ke selatan, to-do list pun entah ke utara.

Jangan terus kecundang okay. Bangkit semula. Bila jatuh, bangkit lagi.

Jangan putus asa, bersabar dan ulangi langkah 1 – 4.

6. Minta pertolongan – dari orang atau bukan orang.

Rasa seronok guna terma orang atau bukan orang, saya harap pembaca dapat faham bila saya guna terma ini sebab kalau nak diperincikan akan ambil masa.

Dalam apa jua masalah, kita perlukan pertolongan orang ketiga.

  • Orang ketiga mungkin seorang ibu yang sering mengingati kita untuk buat homework.
  • Ada ibu yang cita-citanya lebih tinggi. Dia slotkan “Buat Homework Bersama Anak” dalam jadual dan to-do list dia, jadi kita pun kena jadi anak yang baik dan bantu ibu untuk kecapi to-do list dia dan dengan pertolongan ibu, kita pun dapat kecapi to-do list kita but please, jangan buat sesi ini depan televisyen yang sedang memutarkan cerita Isteri Luar Biasa – pasti ibu dan anda terus tutup buku sekolah.
  • Orang ketiga mungkin seorang ayah yang menghantar SMS dan WhatsApp message bertalu-talu suruh check alignment tayar kereta anda sendiri sebab risau keselamatan anda.
  • Orang ketiga mungkin sebuah iPhone app bernama “Trello” untuk kita susun to-do list harian mengikut kategori.
  • Orang ketiga mungkin housemate yang simbah kita dengan sebaldi air bila sukar bangun pagi.

Jadi ingat, dapatkan bantuan orang ketiga.

7. Kembali pada Pencipta. Pemilik masa. Serahkan kepadaNya.

Kita putar balik ke langkah pertama.  “Kita memang tidak berdaya memanfaatkan 24 jam sehari” – pengakuan ini bagaikan suatu statement pengabdian yang sepatutnya memberikan kita rasa tidak berdaya, rasa tak mampu sebab kita memang tak mampu, sebab kita memang tiada kuasa. Kerana kita bukan Pencipta masa, Kita bukan Pemilik masa. Kita hanya penghuni masa.

Jadi hanya logiklah untuk kita kembalikan segalanya kepada Pemilik masa dan Pemilik kita iaitu Allah SWT. Ini bukan langkah ke-7, seharusnya ia langkah yang seiring dengan setiap langkah. Faham kan?

Bila sedang buat langkah pertama, ingat langkah ke-7. Bila buat langkah ke-3, kembali pada langkah ke-7. Langkah ke-7 ini adalah langkah yang harus sentiasa mengiringi kita dalam berusaha untuk memanfaatkan masa.

Patuhi segala tanggungjawab kepada Pemilik masa terlebih dahulu. Utamakan apa yang Dia mahu kita utamakan terlebih dahulu. Awalkan setiap tanggungjawab yang Dia pikulkan pada kita dahulu, jangan lewat-lewatkan. Dan mintalah Dia menyempurnakan masa kita untuk hal-hal yang lain, mintalah Dia mencukupkan. Mintalah Dia redha dan berkati masa kita.

Itulah yang sewajarnya.

Pengakuan: Saya sendiri perlukan nasihat ini pada waktu ini.

Mari bincangkan artikel ini!

Penulis

  • Iwani Khalid

    Pernah ada blog diberi nama Orang Type Banyak. Tapi dah insaf dan cuba untuk type sedikit tapi bermanfaat diselit sedikit dry humour. Pelajar Bahasa Arab yang berdedikasi. Bekerja sebagai freelance web designer untuk menampung kehidupan. Berazam untuk mengelola sebuah akademi belajar Bahasa Arab dan Al Quran di Cyberjaya! Masih single dan mencari bakal imam ..... chop! Jangan nak bakal imam I sangat, you please solat kat masjid taw!

  • noorh

    TERBAIK…