7 poin ringkas tentang Ramadhan

Saya buat keputusan untuk tulis artikel ini kerana saya sendiri sedang melakukan sedikit ulangkaji last minute tentang Ramadhan.

Dalam masa 2 hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan 1437/2016. Seperti tahun-tahun yang lalu, debaran dan kerisauan menggunung untuk menghadapi Ramadhan sebab rasa diri tak bersedia, rasa tak sempat siapkan #ramadhanprep dan rasa diri ini terlalu banyak dosa dan takut berterusan sewaktu Ramadhan.

Jika anda rasa apa yang saya rasa, berhenti sekarang kerana bulan Ramadhan adalah bulan penuh dengan KEBERKATAN dan kita harus memasukinya dengan penuh HARAPAN

1.  Kita berpuasa untuk menambah dan mendapat taqwa

Apa itu taqwa? Taqwa bukanlah bererti takut seperti kita faham sebelum ini. Taqwa secara ringkas diperlukan untuk menjaga/mempelihara diri. Taqwa ialah satu state of mind yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu untuk menjaga dan menyelamatkan kita dari hukuman Allah SWT.

Taqwa bukan sesuatu yang boleh dilihat dan seringkali ia suatu konsep yang amat sukar untuk kita fahami. Kerana itulah Allah menyebut tentang taqwa sebanyak 200 kali dalam Al Quran. Kerana taqwa susah untuk dicapai.

Terdapat dua cara untuk menggunakan taqwa

  • Sewaktu emergency/danger/kritikal – contohnya, apabila anggota tubuh kita nak buat sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT tapi hati kita berkata “Jangan!” kerana tahu perkara itu boleh mengundang kemarahan Allah SWT.
  • Secara strategik – contohnya, kita cari jalan bagaimana untuk mengelakkan dari berbuat dosa dalam menjalani kehidupan secara umumnya. Tawqa memerlukan kita menjadi sedar-diri, sedar-minda dan peka pada sekeliling dan ini yang sukar kerana kehidupan terlalu banyak distractions dan noise.

Bagaiman bulan Ramadhan boleh membantu kita untuk mendapat taqwa? Cuba anda ambil masa beberapa minit untuk fikirkan :)

2. Puasa dengan iman dan ihtisaab

Dari Abu Hurairah, ia berkata,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760).

Ringkasnya, berpuasa kerana iman ialah dengan meyakini akan kewajiban berpuasa melalui lisan, hati dan perbuatan. Dan ihtisaab ialah mengharapkan/mencari pahala dari Allah SWT.

Ini membawa saya ke poin ke-3

3. Bulan di mana dosa kita diampunkan dan dihapuskan

Poin ke-2 telah tunjukkan kita bahawa bulan Ramadhan bulan kita berpeluang besar untuk segala dosa-dosa kita diampunkan. Syaratnya jelas dalam hadis di atas.

Jangan rasa sedih kalau diri tidak sempurna dan rasa diri banyak buat dosa kerana Ramadhan ialah peluang kita hapuskan semua dosa-dosa itu dengan izinNya. Masuklah Ramadhan dengan mindset ini:  Usah biarkan rasa berdosa dalam diri menghalang kita dari mendekati Allah SWT dan dari membuat perkara-perkara baik. Masuklah Ramadhan dengan harapan, harapan yang sangat tinggi. Dan bertaubatlah dengan sesungguhnya.

Cuba cari doa lailatul qadr. Dalam doa ini, ada perkataan ‘afuw. ‘Afuw darjatnya lebih tinggi dari maghfirah. Cari perbezaan ini dan baca doa ini okay!

4. Banyakkan berdiam diri

Jangan lepak dan borak kosong – di realiti atau media sosial pada bulan Ramadhan. Tolonglah jangan, rayulah pada diri sendiri. Tahanlah mulut, tahanlah jari jemarimu.

Jika ada sebarang masalah/konflik/provokasi/pertengkaran di sekolah, universiti, tempat kerja, politik, dunia dan sebagainya boleh dan harus dan mesti disulami dan diselesaikan dengan satu ayat sahaja – SESUNGGUHNYA AKU SEDANG BERPUASA

وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

“Puasa itu adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, maka janganlah mengucapkan ucapan kotor, dan jangan pula bertindak bodoh (jangan bertengkar dengan kata-kata yang timbulkan fitnah). Jika ada seseorang yang mencelanya atau mengganggunya, hendaklah mengucapkan: sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

5. Sambut kegembiraan ini sepanjang Ramadhan sebagai seorang yang berpuasa

Kegembiraan bila berbuka – banyakkan berdoa pada Allah SWT pada waktu berbuka. Berbuka sedikit sahaja dengan kurma dan air dan berdoalah. Ambil masa 5 – 10 minit untuk berdoa selepas berbuka puasa sedikit, kerana ini antara waktu mustajab doa. Juga bersyukurlah kita diberi peluang untuk menyempurnakan puasa kita pada hari itu.

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga orang yang do’anya tidak ditolak: Pemimpin yang adil. Orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan Do’a orang yang terdzolimi. ”

(HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya do’a karena ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri. (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 7/194)

6.  Ramadhan bulan training, bulan bootcamp

Jangan layankan nafsu dalam diri kita. Matikan dia kerana Ramadhan adalah bulan training. Ahli Bomba pun training dahulu sebelum turun padang menyelamatkan mangsa kebakaran atau mangsa nak terjun bangunan. Mana mungkin Ahli Bomba dapat melakukannya tanpa training.

Ramadhan ialah bulan training kita untuk menghadapi bulan-bulan yang akan datang.

Tolong jangan puasa dan tengok ItsJudysLife dan Mark Wiens untuk kill time tunggu waktu berbuka – kalau ini yang kita buat, kita dah gagal training.

7. Tidurlah kalau tiada apa yang lebih baik untuk dilakukan

Di bulan Ramadhan, elakkan diri dari melakukan perkara sia-sia. Terlalu banyak perkara sia-sia yang boleh kita senaraikan. Sesungguhnya, hati kita sendiri tahu apa yang sia-sia untuk kita.

Maka jika tiada apa yang lebih baik untuk dilakukan, tidurlah. Tidurlah supaya kita terselamat dari membuat perkara yang sia-sia lantas boleh menjadi dosa akhirnya.

Saya akhiri artikel ini dengan:

Ramadhan Action Plan

Gambar ini dibuat 10 hari yang lalu. Kita dah tiada 12 hari dah!

 

Kredit: Sahabat-sahabat saya, Ili dan Raihan dari group WhatsApp, Rumaysho.com, Muslim.or.id, nota-nota tentang Ramadhan tahu 2015 saya yang banyaknya datang dari ceramah bro NAK dan lain-lain. Siapa nak tambah poin dan betulkan poin saya, dialu-alukan komen suapaya sama-sama kita dapat manfaatkan!

 

Doa-doa Pilihan dari Al Quran (disusun dan diolah oleh Umm Abdillah Ili Dalila, distributed by Nurhafizah Amilsarifhudin )

Format PDF:
https://db.tt/X1jMF3hk

Format Microsoft Word:
https://db.tt/SFxiiVKu

Doa-doa Pilihan dari Sunnah (disusun dan diolah oleh Umm Abdillah Ili Dalila)

PDF: https://goo.gl/haOGqB
DOCX: https://goo.gl/4gYV7M