7 perkara ringkas tentang hari Asyura untuk diulangkaji

22 October 2015 by John Doe.

Hari Asyura akan tiba tak lama lagi. Pada waktu saya menulis artikel paling ringkas ini, hari asyura akan jatuh pada hari esok bersamaan dengan Jumaat, 23 Oktober 2015 (kalau ikut kalendar orang putih).

Mari kita baca 7 perkara ringkas tentang sejarah hari Asyura yang saya ambil dari group WhatsApp. Nota ringkas ini ditulis oleh Ustaz Lokmanulhakim Hussain (Universiti Islam Madinah) dan dikongsikan oleh Ibnu Ariffin

Oh ya, saya ingin menyentuh sedikit tentang pelajaran bahasa Arab di sini bagi yang belum mengetahui. Dulu pun saya tak tahu tau, lepas tu saya tahu yang Ibnu maksudnya anak lelaki. Ariffin nama bapanya. Saya pernah panggil orang Ibnu dan Bintu, ingat itu namanya! Malu! Walaubagaimanapun, betul juga panggilan saya tu sebab memang dia anak lelaki, anak perempuan pun. Kih!

7 tentang Hari Asyura oleh Ustaz Lokmanulhakim Hussain

1. Hari Asyura ialah hari 10 Muharram.

2. Kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura bersempena dengan peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan Bani Israel dan menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya.

3. Kaum Quraish juga sejak zaman Jahiliyyah lagi berpuasa pada hari Asyura.

4. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga berpuasa pada hari Asyura sebelum kerasulannya lagi.

5. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda berpuasa dan menyuruh orang Islam berpuasa pada hari Asyura. Pada waktu itu puasa Asyura adalah fardhu (wajib).

6. Selepas disyariatkan puasa Ramadhan, kewajipan puasa Asyura dimansuhkan. Sesiapa hendak berpuasa, boleh berpuasa, dan sesiapa tidak mahu berpuasa, dia boleh tidak berpuasa.

7. Walau bagaimanapun, kelebihan berpuasa sunat Asyura sangat besar.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

Maksudnya: “Puasa pada hari Asyura aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan untuk setahun sebelumnya”. (Direkod oleh Imam Muslim no: 1162).

Jom berpuasa esok! :)

Penulis

  • Iwani Khalid

    Pernah ada blog diberi nama Orang Type Banyak. Tapi dah insaf dan cuba untuk type sedikit tapi bermanfaat diselit sedikit dry humour. Pelajar Bahasa Arab yang berdedikasi. Bekerja sebagai freelance web designer untuk menampung kehidupan. Berazam untuk mengelola sebuah akademi belajar Bahasa Arab dan Al Quran di Cyberjaya! Masih single dan mencari bakal imam ..... chop! Jangan nak bakal imam I sangat, you please solat kat masjid taw!