7 sebab laman web ini dilahirkan

1 April 2015 by John Doe.

Kami gemar membaca artikel-artikel berbentuk senarai yang makin lama makin popular di ruang Internet senjakini. Dengan minat yang ada, kami bersetuju untuk melahirkan sebuah laman web yang kami namakan 7senarai.com untuk turut serta menyumbang artikel-artikel sedemikian.

Untuk merasmikan laman web ini, kami ingin senaraikan 7 sebab mengapa laman web ini dilahirkan!

1. Menulis dan berkongsi perkara bermanfaat

Motif utama kami ialah untuk berkongsi perkara bermanfaat yang kami sudah ketahui atau baru ketahui bersama pembaca sekalian.

2. Menyumbang kepada content berkualiti Bahasa Melayu dalam Internet

Walaupun kami tidak hebat menulis dalam Bahasa Melayu, dan kami mungkin tidak mampu menulis dalam Bahasa Melayu tinggi, kami tidak mahu ketinggalan dalam menyumbangkan content berkualiti dalam Bahasa Melayu di Internet dan kami akan cuba istiqamah (membuat secara berterusan).

3. Kami suka menulis

Suatu ketika dulu, ada di antara kami yang mempunyai blog sendiri, ada juga di antara kami penulis sambilan, ada di antara kami sentiasa menulis pos menarik di ruang sosial media kami. Jadi kami ingin gunakan 7senarai.com untuk terus menulis.

4. Nombor 7 itu cool

Sesungguhnya, tiada sebab khurafat atau fengshui tentang pemilihan no 7 ini. Kami pilih no 7 supaya tak terlalu berat untuk kami menulis dan tak terlalu sedikit untuk anda membaca. Juga, surah Al-Fatihah ada 7 ayat.

5. Kami mahukan hobi baru dalam rutin seharian

Penat bekerja tidak akan sama dengan penat melakukan sesuatu yang diminati. Kami ingin menjadikan laman 7senarai.com sebagai hobi baru kami.

6. Kami ingin menambah ilmu pengetahuan

Untuk menulis suatu artikel yang baik, kami sedar kami tidak boleh lari dari membuat research terlebih dahulu. Mana boleh suatu artikel dibuat sambil lewa dan acuh tak acuh. Selain itu, kami berazam untuk mempelbagaikan topik yang akan kami hidangkan pada anda semua untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kami. Dua-dua pemenang, tiada pengalah. Anda dapat, kami dapat, insyaAllah!

7. Kami ingin menjadi manusia yang bermanfaat untuk manusia lain

Seperti apa yang Rasulullah salallahu alayhi wasallam katakan dalam sebuah hadis:

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المؤمن يألف ويؤلف ولا خير فيمن لا يألف ولا يؤلف وخير الناس أنفعهم للناس

Diriwayatkan dari Jabir berkata: Rasulullah saw bersabda “Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Riwayat ad-Daruquthni dalam al-Afrad, ad-Dhiya’ al-maqdisi dalam al-Mukhtarah ditanda oleh as-Suyuti sebagai sahih, dan at-Tabrani dalam (al-Mu’jam al-Awsath), dan dalam riwayat Ahmad daripada hadith Sahl bahagian depan sahaja. Rujukan: al-Silsilah as-Sahihah. Info dari ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim

Ada sebarang maklumbalas, pendapat, komen tentang artikel ini? Jom share dengan kami di Facebook 7senarai!

Penulis

  • Admin

    7senarai.com - Menghidangkan artikel bermanfaat dan menarik dalam bentuk 7 senarai pada anda!

Comments are closed.